Wednesday, 15 October 2014

Puting Beliung

Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumolonimbus. Angin yang berada dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.Kebanyakkan puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j dengan lebar lebih daripada 1.6 km dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer. 

Bagaimana puting beliung berlaku?

Hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Boleh berlaku bersama taufan.


Peristiwa puting beliung di Malaysia?

1. Kota Damansara ( 13 Jun 2010 )
- suatu ribut puting beliung yang amat dahsyat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10.  Yang paling teruk ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Lebih 30 gerai penjaja dari golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai.

-gerai-gerai terangkat terus dan dilemparkan beberapa meter jauh, 120 pokok tumbang, lebih kurang 30 buah motosikat terbalik, hampir 29 buah kreta dihempap pokok dan lori terbalik.

2. Perlis ( 28 Oktober 2010 )
- di sekitar kawasan Jejawi. lebih 50 rumah, kedai makan dan bengkel membaiki kenderaan rosak akibat angin puting beliung.

3. Pulau Pinang ( 15 November 2010 )
- di kawasan Gurner, Pulau Pinang. Kira-kira pukul 6.30 petang.

4 Pendang, Kedah ( 14 Oktober 2014 )
- di Kampung Alor Besar mengakibatkan 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan.

Never Give Up!!!

Keep trying and never give up.
Keep calm and never give up.